Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Disebuah cafeteria di UTM terjadilah perbualan berikut antara seorang pelajar baru dengan seorang pensyarah. Pensyarah tersebut adalah penasihat akademik kepada pelajar. Dengarkan perbualan mereka:

Pensyarah : Sekarang anda dah menjadi pelajar UTM apa perasaan anda?

Pelajar : Seronok tuan, saya merasa amat gembira kerana dapat melanjutkan pelajaran saya di sini.

Pensyarah : Lagi.

Pelajar : Saya harap saya akan dapat belajar dengan baik dan menyesuaikan diri dengan suasana di sini

Pensyarah : Lagi, tak kan itu aje.

Pelajar : Kalau saya ada buat silap tolong tunjuk ajar.

Pensyarah : Apa harapan anda bila dah belajar di sini?

Pelajar : Saya akan mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan saya, semester lepas saya dapat cpa 3.40 dan saya harap semester ini saya akan dapat cpa lebih baik lagi dan lepas tu grad sebagai graduan yang cemerlang.

Pensyarah : Masih kurang jelas, cuba detailkan lagi.

(Pelajar tersebut agak termanggu dan cuba berfikir)

‘Begitulah adik-adik, kebanyakan kita akan menyatakan impian dan matlamat yang ingin dicapai secara kabur dan tidak berfokus. Itu menyebabkan segala cita-cita kita menjadi angan-angan sahaja. Dan kalau berjaya pun sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Cuba ikuti perbualan seterusnya’

Pensyarah : Anda sekarang ni mengambil program Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik – Telekomunikasi) dan anda akan bergraduan 3 tahun lagi. Graduan macam mana yang anda nak jadi.

Pelajar : Oh, saya harap saya akan lulus dengan cemerlang dengan kelulusan pangkat pertama dalam kursus Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik – Komunikasi)

(Katanya setelah agak memahami)

Pensyarah: Dah agak detail tapi masih tak cukup, anda perlu lebih detail lagi, perincikan lagi. Dengan siapa anda nak kongsikan kejayaan ini.Masanya pulak bila?

Pelajar : Dengan ibubapa saya la, kawan-kawan, pensyarah dan masanya 3 tahun lagi.

Pensyarah : 3 tahun tu bila? Dimana, kat mana tempatnya?

Pelajar : Sekarang 2010 maknanya 3 tahun lagi la.. 2012. Tempatnya, masa konvokesyen bulan 8. Ha, di Dewan Sultan Iskandar UTM.

‘Sekarang dah agak detail tapi masih belum mencukupi. Ikuti perbualan selanjutnya’

Pensyarah : Anda pernah masuk, ke Dewan Sultan Iskandar kan, sebelum ini.

Pelajar : Ya.

Pensyarah : Sekarang saya nak anda pejamkan mata. Tarikh nafas……, lepaskan nafas……..,tarik nafas……… Ambil masa anda…. Sekarang saya nak anda bayangkan anda sedang berada di dalam Dewan Sultan Iiskandar. Boleh anda bayangkan?

Pelajar : Ya

Pensyarah : Masa tu Majlis Konvokesyen sedang berlangsung, bulan 8 tahun 2012. Bayangkan suasananya…, panas atau sejuk….., terang atau gelap….., bayangkan pemandangan…. dan warna….. yang ada disitu, orang ramai…, bunyian yang ada… dan anda sedang berada di anak tangga untuk menuju ke pentas. Boleh anda bayangkan?…

Pelajar : Boleh.

Pensyarah : Anda mendengar pengumuman di buat yang menyebut anda (nama anda) dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik – Telekomunikasi) dengan anugerah kecemerlangan pelajaran diraja, diiringi dengan tepukan gemuruh dari ibu bapa, para graduan dan orang ramai. Anda pun mula melangkah menaiki tangga, berjalan menuju Canselor UTM untuk menerima scroll ijazah anda. Pandang mukanya. Dengarkan ucapan tahniah darinya. Pegang scroll anda. Anda mendengar orang ramai bertepuk tangan meraikan kejayaan anda. Boleh anda bayangkan?

Pelajar : Ya

Pensyarah : Apabila anda turun dari pentas anda terus berjumpa dengan ibubapa anda dan menerima ucapan tahniah dan peluk cium dari orang yang anda sayangi. Rasai pelukannya. Kawan-kawan juga datang dan mengucapkan tahniah kepada anda. Anda merasa amat gembira dan anda juga telah diraikan dalam satu majlis jamuan dan menerima jemputan untuk makan semeja dengan Yang Teramat Mulia Tuanku. Anda merasa amat bertuah. Kejayaan itu adalah milik anda.

Pensyarah : Sekarang saya nak anda tarikh nafas…..lepaskan nafas….tarikh nafas…lepaskan nafas dan buka mata anda perlahan-lahan bila anda telah bersedia….

Ha, bagaimana perasaan anda pembaca sekalian, saya percaya anda mengikuti perbualan ini dengan penuh minat. Dengan berbuat begitu sebenarnya anda sedang melukis di minda anda matlamat yang anda ingin capai (gunakan matlamat anda, macam-macam yang anda nak kan?). Wayang gambar itu inshallah akan menjadi kekal dan bukan lagi sesuatu yang di reka-reka dalam minda anda. Inshallah minda bawah sedar anda akan bekerja untuk menjadikan impian anda itu suatu kenyataan.

http://smartz.wordpress.com/2010/03/26/wayang-gambar-cerita-anda-wah-mesti-best-nih

Hai kawan2 semua…em..aku nk citer nih satu citer yg membuatkan aku mmg bengang giler…
aku bengang ngan hospital kat negeri aku sendiri nih..NEGERI TERENGGANU…biar la korang semua nk cakap aper pun kat aku..
yg pastinya mmg aku bengang…dan aku rasa bukan family aku jer bengang ngan Hospital trg ni..
tp aku rasa semua rakyat trg yg TERPAKSA pergi kat hospital tu mmg rasa sakit hati ngan peraturan yg dilakukan kat hospital tuh…
ntah manalah dia org dpt cdgn suh laksanakan peraturan tu pun aku x tau…tp mmg x logik langsung….
kalu aku la..if x terpaksa xder masa nyer aku nk g hospital tuh…
diaorg ingat kita org ni ske2 jer ker nk g kat hospital tuh….tolonglah weh…
sbnrnyer aku pun x tau nk lepas geram kat mana..so aku lepaskan geram kat dalam web aku ni jer la..huhu…
biar korang semua yg x tau jd tau dan berjaga2 ble nk g hospital tuh….

mesti korang tertanya2kan sebab apa dan kenapa yg aku marah sgt kat hospital tu kan…
yela2..sabar lah..aku nk citer la nih….
kisahnyer camni…ada la satu peraturan baru kat hopiatal tuh..x tau la ble dia mulakan..yg pastinya ble aku g hospital dlm sebulan ni dia dah laksanakan peraturan tu…peraturannya KANAK2 BAWAH UMO 12 TAHUN X LEH NAIK DAN MASUK DALAM BANGUNAN HOSPITAL TUH…WALAUPUN PD WAKTU MASA MELAWAT….
cuba korang semua pk…logik ke x peraturan tu????????
camner kalu mak dia yg masuk wad and ada ank2 kecik tp x leh nk g melawat mak dia?x ke lg sakit mak dia tuh sbb rindu kat anak dia??? betul x?
pas tu if saper2 yg ada ank bawah 12 tahun x leh lah nk g melawat org sakit kat hospital tu yer…sbb if pergi pun bukannyer leh naik pun..kena tunggu kat bawah gak sbb ank2 saper nk jaga…x ke bodo namanyer tuh….tensionnyer aku rasa…huhu…
peraturan camni pun ader ker…bukan nk menyenangkan org ramai..nk menyusahkan org ramai lg ada la….

satu lg yg aku sakit ati sangat tu…sesetengah nurse lebih over dr doktor sendiri..naper?dia ingat dia hebat sgt ker?sepatutnyer dia yg perlu mesra alam ngan semua patient…tp ni x…dia yg lebih2 nk marah kat patient tuh…dah patient tu ngah sakit..ble dh kena marah tuh..lg la bertambah sakit..mcm2 sakit baru la akn timbul…sakit hati la..sakit penyakit yg sedia ada lg la..huhu…aku citer ni sbb aku yg kena…kalu aku x kena mmg la aku x tau…so aku citer ni dr pengalaman yg terjadi kat aku sendiri…korang semua aku x tau la…

satu lg tu punyer la bengap nurse kat hospital tuh..boleh ker dia suh patient yg tengah sakit yg g kat bhgn kecemasan balik umah????dah lah org tu ngah sakit cam nk mati..tp sng2 dia marah n suruh balik dulu n makan ubat tahan sakit n tunggu sampai doktor col baru dtg semula kat hospital…kalu camtuh sampai mati la org sakit tuh kena tunggu jwbnyer…huhu…macam2 hal lah..aku pun x tau lah dunia zaman sekarang….

kawan2 semua..if ader aper2 cdgn n komen tulis jer la…aku pun nk tau gak aper pendapat korang semua…chow…

Gadis Desa…–@

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.. ‘Bolehkah saya masuk?’ tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, ‘Maafkanlah, ayahku sedang demam’, kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, ‘Siapakah itu wahai anakku?’
‘Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,’ tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

‘Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia..
Dialah malaikatul maut,’ kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

‘Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?’, tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
‘Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
‘Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,’ kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. ‘Engkau tidak senang mendengar khabar ini?’, tanya Jibril lagi.
‘Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?’
‘Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,’ kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. ‘Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.’
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

‘Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?’
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
‘Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,’ kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

‘Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.’
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. ‘Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku’
‘peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.’

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

‘Ummatii,ummatii,ummatiii?’ – ‘Umatku, umatku, umatku’
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

NB:
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.

From my yahoo email…

Gadis Desa…—@

KESEPIAN…—@

HARUSKAH KITA MENYALAHKAN KESEPIAN?
KESEPIAN YANG DATANG
TANPA DIUNDANG DAN TANPA DIPINTA…
ZALIMKAH KITA UNTUK TIDAK MENERIMA KESEPIAN
DALAM HIDUP KITA?
SANGGUPKAH KITA UNTUK MENGHADAPI KESEPIAN?
HANYA KESEPIAN YANG AKAN MENEMANI KITA
KETIKA KITA BERADA KESEORANGAN…
HANYA KESEPIAN YANG AKAN MENDAMPINGI KITA…
KETIKA KITA KESEORANGAN…
OLEH ITU…
USAHLAH KITA TAKUT DENGAN KESEPIAN…
KERANA…
SETIAP ORANG PASTI AKAN MELALUI
SAAT KESEPIAN…
WALAUPUN HANYA UNTUK SEKETIKA…

ADMIN,
GADIS DESA…—@

Fragmen AKU MAHU KAMU

FIRYAL! Karmila! Firyal! Karmila! Firyal! Karmila! Berulang-ulang kali dua nama indah itu berlegar-legar dalam benaknya yang tidak pernah aman sejak lama dulu. Sejak bertahun-tahun lamanya. Sejak dia pergi, kemudian kembali dengan tekad yang satu. Mahu mendapatkan apa yang sepatutnya menjadi miliknya kerana dia berhak walaupun dia sedar, dia sudah lama hilang hak itu. Berulang-ulang kali juga dua nama itu bermain-main di hatinya yang entahkan masih ada ruang kosong, entahkan sudah sarat tercalar dengan luka. Membuatkan dia terasa seperti ingin menangis di situ juga. Meraung kuat bagi menterjemahkan perasaannya yang sukar dibendung di kala ini. Bahkan, menjerit melepaskan semua tekanan yang dirasakan. Biar semua mendengar, biar semua tahu betapa dia benar-benar tidak dapat bertahan lagi saat ini.

Aku Mahu Kamu Lantas, mata dipejamkan rapat-rapat. Panorama yang terbentang di hadapan matanya, terasa sangat menyakitkan. Hampir-hampir membuatkan dia rebah di situ saja. Sungguh, kalau boleh dia tidak mahu membuka matanya sampai bilabila. Biarkan terpejam terus, terus dan terus. Biar segalagalanya lenyap begitu saja. Biar dia kehilangan ingatan supaya tidak ada yang dilukai dan terluka disebabkan dirinya.

Kalau ditanya pada hati, dia memang tidak mahu menyakiti sesiapa, jauh sekali dua wajah polos yang dia pasti sedang memandangnya dengan pandangan penuh harap. Meminta simpati supaya diri menjadi pilihan. Mereka tidak berkata-kata, namun jauh di dasar hati, dia dapat menyelami suara hati mereka yang bertahun-tahun dahagakan kasih sayang. Kerana, suara hatinya seiring dengan mereka.

Tapi… dia tidak tahu bagaimana harus membantu, bagaimana harus membuat keputusan supaya tidak ada yang terasa hati. Benar-benar tidak tahu! Mahu atau tidak, jika dia memilih pasti ada yang terluka. Firyal! Karmila! Mereka tidak bersalah. Dan selebihnya, mereka hanya mengharap setitis kasih daripadanya yang juga kegersangan. Setitis kasih yang tentu saja akan menyinari seluruh hidup kelak. Tapi sebagai syarat, dia harus membuat keputusan. Dia hanya boleh memilih satu daripada dua.

Dia hanya boleh memilih salah seorang daripada mereka. Tidak boleh kedua-duanya sekali. Atau pilihan yang lebih kejam, dia harus melepaskan kedua-duanya saja. Biar mereka bertiga tidak dapat apa-apa. Tapi kalau pilihan kedua yang dipilih, hidupnya bagaimana pula selepas ini? Rindunya yang baru saja ditarik keluar dari hati, bagaimana jadinya nanti? Akan lebih parah, atau itukah kesudahan yang sebenar? Dia tidak tahu! Apa yang dia tahu, dia sudah bertahun-tahun menderita.

Tapi soalnya, sampai bila dia harus terluka dan menderita? Bila sebenar bagi semua derita dan luka yang jadi teman akrabnya sejak lama dulu? Bila detiknya hubungan dia dengan derita dan luka itu akan putus? Bila masanya perjanjian yang diikat dengan derita dan luka itu akan lerai? Terdengar bunyi sudu berdenting, berlaga dengan lantai, mata yang terpejam pantas terbuka. Tepat ke arah Karmila yang masih berkaca matanya.

Cebikan di bibir yang menahan tangis itu membuatkan hatinya semakin tersayat. Kenapa mesti aku yang harus berhadapan dengan situasi segetir ini? Kenapa tidak orang lain saja? Kenapa? Beberapa saat kemudian, dia berpaling. Firyal! Kali ini bukan hanya mata Karmila yang berkaca, tapi matanya sendiri sudah berjujuh dengan air hangat. Belum lagi dikira mata Firyal yang sudah memerah menahan tangis. Dalam kabusan air mata, matanya terus merenung penuh kasih pada Firyal.

Dalam sekali renungannya dan kalau boleh, dia tidak mahu merenung ke mana-mana, kecuali pada wajah itu. Hanya wajah itu! Ya… Firyal! Katalah dia pilih kasih, katalah dia tidak adil dan katalah dia apa saja. Memang hatinya sudah bulat memilih Firyal. Memilih untuk hidup di samping Firyal sehingga sampai ke penghujung. Sehingga perjanjiannya dengan ALLAH sampai pada tarikhnya. Kenapa Firyal pilihannya? Kenapa bukan Karmila? Kerana, Firyal tidak sama dengan Karmila. Bahkan, Firyal tidak mungkin sama dengan orang lain kecuali Faiq. Hanya Faiq yang mampu duduk dan berdiri sama tinggi dengan Firyal dalam hatinya. Hanya mereka berdua saja yang setara letaknya.

Cuma saat ini, hanya Firyal yang tinggal di sisinya, lalu semuanya jadi milik Firyal. Namun, dia akui kalau sayangnya pada Karmila tetap ada. Dia ikhlas dengan sayang itu. Cumanya, kalau sayangnya pada Karmila 50%, sayangnya pada Firyal melebihi 100%. Kalau bahaya datang dari depan, sisi atau belakang sekalipun, tetap juga Firyal yang akan dicapai dulu. Malah, dia rela berbuat apa saja untuk Firyal asalkan Firyal dapat hidup 100 tahun lagi. Mengorbankan nyawa pun, dia rela untuk Firyal.

Ya ALLAH… sakitnya rasa kerana aku tak mampu membuat pilihan, walaupun sesungguhnya aku sudah punya pilihan. Lambat-lambat, dengan mata yang berkaca dia menghela nafas panjang lalu dilepaskan perlahan-lahan. Dalam diam, dia berharap supaya semangat yang bebas kembali bertamu. Dia manusia yang tidak punya hati lagi. Hatinya sudah hilang bentuk kerana terlalu banyak luka diam di situ. Tapi, dia sangat berharap yang dia tidak akan jadi manusia yang tidak punya semangat. Selama ini dengan semangat itulah dia dapat terus bertahan. Terus menapak, meski dia sudah tidak punya apa-apa lagi.

Ya, dia hidup, dia bernafas tapi rentaknya lain. Berbeza dengan orang yang sedang dilambung bahagia. Firyal! Karmila! Saat ini, kalaulah dia boleh memilih kedua-duanya, alangkah baik. Tentu dia tidak perlu berserabut seperti sekarang ini. Tapi soalnya, mustahil! Tidak mungkin kerana Firyal dan Karmila, bukan dari rumpun yang sama. Mereka berbeza dan perbezaan itulah yang menyebabkan dia seperti tidak mampu bernafas di hadapan mereka berdua. Terasa seperti hidup tapi tidak bernyawa. Ah, Firyal… Karmila… Ya ALLAH… beri aku kekuatan kerana aku benar-benar tidak berdaya lagi. Dan Firyal, Karmila… maaf, maaf sangat-sangat!

LANGKAH kaki Qisya terhenti. Dia yang mahu duduk di tempatnya, terus berpusing ke sisi kiri. Di sana, dia melihat kawan-kawannya begitu rancak berbual. Dia pula sejak tadi memang tidak mahu campur kerana masih ada kerja yang perlu dibereskan. Tetapi, demi sepatah perkataan yang baru meniti di bibir Juhani, dia rela berpatah balik. Ada segugus rasa di dada yang mahu dihamburkan keluar. Dia mahu mereka tahu apa ertinya cinta di hati dan di fikirannya kerana dia tidak akan berpuas hati selagi dia tidak mengatakan definisi cinta bagi seorang gadis bernama Qisya. “Cinta?” tanya Qisya dengan nada yang paling sinis. Kemudian dia menggeleng dengan perasaan yang begitu sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.

Dia sedar, tiga pasang mata sedang merenung tajam padanya. Mereka seolah-olah terkejut dengan nada semacam itu. Atau, barangkali mereka tidak percaya Qisya yang biasanya penuh dengan keceriaan boleh berubah. “Ya… cinta. Kenapa dengan cinta?” Suhana bersuara setelah lama membungkam dan hanya melihat reaksi Qisya di pagi yang permai ini. Matanya yang agak galak menyorot wajah tanpa perasaan milik gadis awal 20-an itu. Dahi luas miliknya sedikit berkerut, menggambarkan kalau dia tidak mengerti mengapa Qisya harus mempamerkan riak wajah seperti orang yang amat terluka.

Lebih memeranjatkannya bila Qisya menyebut perkataan ‘cinta’ seperti perkataan itu begitu jelik sekali. Dirasakan, perkataan indah itu begitu payah untuk Qisya tuturkan. “Apa ada pada cinta, Kak Su?” balas Qisya dengan wajah yang sama seperti tadi. Sedikit pun riak wajahnya tidak berubah. Sakit yang selama ini membekam di hatinya terasa seperti ditarik keluar. Siniskah dia? Tidak! Tapi persoalan yang mereka bangkitkan hari ini benarbenar mengganggu hatinya.

Merentap ganas sekeping hati miliknya yang sudah begitu lama tercalar. Menarik keluar segala sisa-sisa ketenangan yang cuba dikutip selama ini. Jadi salah diakah jika dia berubah 100% hari ini? Mereka bertiga saling berpandangan. Ada kejutan di wajah-wajah kesayangannya itu. Sedangkan dia yang masih gagah berdiri, tiba-tiba saja merasakan hujung matanya pedih. Bila-bila masa saja dia tahu air yang ditakung matanya akan melimpah keluar, namun pantas dipejam celikkan mata yang enggan berkompromi dengan kehendaknya. Ah… tidak mungkin. Jangan Qisya, jangan pernah menangis lagi. Untuk apa lagi kau menangisi cinta yang tidak bernisan itu? Untuk apa, Qisya? Detik hatinya. Lalu lambatlambat nafasnya ditarik dalam-dalam. Matanya tumpah ke arah Haledah yang hanya kaku.

Dalam ramai-ramai kawannya, Haledahlah yang paling rapat dengannya. Kisah cintanya yang tidak kesampaian juga ada dalam simpanan wanita beranak tiga itu. Tapi, mengertikah Haledah? Fahamkah dia jiwa yang sudah kosong ini? Samakah peritnya orang yang merasakan luka itu dengan pedih orang yang hanya mendengar cerita dan keluh-kesahnya? “Cinta tu tak ubah macam plastik, Kak Su.” Kali ini suara Qisya sedikit tenang. Matanya terpejam rapat. “Kenapa Qisya anggap macam tu?”

Ditujukan kata-kata itu kepada Suhana yang kelihatan agak sinis berbanding kawan-kawannya yang lain. Mungkin Suhana merasakan kalau dia mempunyai jalan fikiran yang sempit. Tapi, Juhani pula yang lebih ingin tahu apa sebenarnya yang mahu disampaikan. Hampir terjojol matanya. Hilang terus lawak jenaka yang selalu Juhani hidangkan buat mereka. Apalagi di pagi hari begini. Qisya tersenyum sebal. “Sebab tak tahan lama. Terbakar cair, terlalu panas mengerekot, diketuk pecah dan ditendang bersepai. Tak ada gunanya langsung. Sama macam cinta yang Kak Su cakap tadi,” selamba Qisya berkata-kata.

Tangan sengaja dipusing-pusingkan di hadapan mereka, menandakan kalau dia benar-benar memaksudkan apa yang dikatakan seketika tadi. Selagi luka di hatinya masih tak mampu untuk disembuhkan, selagi itulah dia hanya akan menganggap kalau cinta itu tidak ubah seperti plastik yang tidak tahan lama. Langsung tidak ada nilainya kalau terlalu dijaga. Wajah Juhani sedikit berubah.

“Plastik pun masih ada gunanya, Qisya.” “Berguna pun kalau sekejap nak buat apa? Menyusahkan hati saja,” omel Qisya perlahan. Bukan pada sesiapa kata-kata sinis itu ditujukan, melainkan diri sendiri. Atau lebih tepat, mengutuk kebodohan sendiri yang terlalu leka dengan cinta 8 Aku Mahu Kamu yang tidak ada harganya.

“Apa Qisya cakap?” Suhana bertanya dengan wajah tegang.

“Tak ada, tak ada apa-apa,” pantas Qisya membalas. Senyuman pahit dihadiahkan buat tatapan tiga pasang mata yang masih menatapnya dengan riak tidak percaya. Biarlah, biarkan mereka tahu kalau Qisya yang sedang berdiri di hadapan mereka ini sebenarnya tidak sekuat yang mereka sangka. Biar mereka tahu kalau Qisya yang selalu tersenyum dan ketawa ini sebenarnya menyimpan luka yang begitu dalam.

Dan, biar mereka tahu kalau Qisya yang ini sebenarnya tidak bijak mentafsir hati orang. Orang main-main tapi disangka bersungguh-sungguh. Orang tak hendak, dia pula yang tersua-sua.

“Jangan macam tu Qisya. Jangan kerana kisah dulu Qisya hukum diri sendiri. Perasaan sendiri. Buka mata luas-luas, dik… Kat luar sana masih ada kegembiraan dan kebahagiaan yang menanti Qisya. Qisya masih terlalu muda untuk terus hidup dengan meratapi kisah silam.” Juhani yang dari tadi hanya diam, mula bersuara. Memujuk Qisya yang seakanakan hilang pertimbangan di pagi yang cerah itu. Tapi terpujukkah Qisya? Sesenang itukah dia mengenyahkan kenangan penuh luka itu? Tidak! Tidak semudah itu selagi luka di hati masih ada. Sampai bila-bila pun dia akan ingat apa yang telah berlaku dalam hidupnya.

Siapa yang boleh menerima bila kepulangan dari menara gading disambut dengan perkahwinan si dia? Lalu dia harus bagaimana bila ombak bahagia itu tibatiba saja bertukar ganas meranapkan hari-hari indahnya? Janji yang ditabur di mana kebenarannya? Ungkapan cinta penuh keindahan, ke mana hilangnya? Huh… ada apa dengan cinta? Kalau orang kata cinta itu indah, akulah orang pertama yang akan mencemuh orang itu.

“Mana ada cinta dalam dunia ni…” “Jangan terlalu angkuh, Qisya. Bila cinta sejati datang, Qisya tak akan mampu menolak lagi,” tegas suara Suhana. Wajah putih berbadan agak bulat itu ditatap dalamdalam. Pernahkah Suhana merasakan apa yang dirasakan saat ini? “Cinta sejati?” Qisya tetap juga sinis.

“Harap-harap tak akan ada yang mati sebab menantikan cinta sejati datang.” Kemudian dia ketawa kecil dengan hati yang lirih. Benarkah masih ada cinta sejati dalam dunia yang serba indah berseri ini? Benarkah kata-kata Juhani tadi? Ah… satu peratus pun dia tidak percaya. Lantas dengan wajah mengejek dia melangkah meninggalkan mereka semua. Perasaan yang selama ini dirasakan sudah cukup kental tersentuh lagi.

TUHAN, sampai bila aku akan terus begini? Akukah yang angkuh? Keras kepala? Degil? Punggung dilabuhkan di kerusi. Kepala dipegang dengan kedua-dua belah tangannya. Ya ALLAH… tabahkanlah aku dalam menempuh setiap dugaan-MU, doanya dalam hati. Terasa ada tangan memegang bahunya, langsung dia tidak berpaling. Matanya terus menjurus ke hadapan dengan jiwa yang kosong. Mujur juga masih belum ada pelanggan yang datang.

Kalau ada yang beratur macam selalu, entah bagaimanalah dia hendak berurusan dengan mereka yang begitu banyak kerenah. Pening, itulah yang selalu dia rasakan walaupun di antara dia dan pelanggan-pelanggan yang pelbagai bangsa itu terdapat cermin jernih sebagai pemisah. Jika tidak, tentu lebih berserabut jadinya. Namun, dia tiada pilihan lain. Melayan kerenah pelanggan yang pelbagai memang sudah menjadi tugasnya setelah menjadi sebahagian daripada warga kerja Permata Advertising Sdn. Bhd. Memang, kalau hendak diikutkan, syarikat tempat dia bekerja ini hanya menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan papan iklan sahaja iaitu mengambil kontrak membuat papan iklan bagi kedai, kilang, membuat banner, bunting dan apa-apa saja yang berkaitan dengan iklan.

Namun, menurut Juhani, sejak lima tahun lalu, Permata Advertising Sdn. Bhd. mula mengembangkan sayapnya. Mereka bukan hanya menguruskan iklan lagi, malah turut menguruskan permohonan lesen sama ada lesen peniagaan, lesen iklan, lesen kenderaan dan banyak lagi. Atau dalam kata yang lebih tepat lagi, syarikat mereka kini turut bertindak sebagai ejen yang menguruskan permohonan lesen yang pelbagai. Merekalah yang bertanggungjawab mengisi borang, mengambil gambar kedai, menguruskan pendaftaran perniagaan, memohon kelulusan Jabatan Bomba, Jabatan Alam Sekitar dan sebagainya sebelum menghantar maklumat yang lengkap di Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Daerah Pontian dan beberapa daerah lagi di sekitar negeri Johor.

Pelanggan pula hanya bertindak menghulurkan duit dan mengambil lesen sementara atau dokumen sementara sebelum lesen sebenar diluluskan. Langsung tidak tahu masalah yang terpaksa mereka semua hadapi. Apa yang pelanggan tahu, kerja mesti cepat dibereskan. Tidak peduli apa sekalipun masalah yang timbul. Bukannya dia mahu menegakkan benang yang basah. Tapi kelewatan itu adakalanya berpunca daripada kecuaian pelanggan itu sendiri. Nama dalam daftar perniagaan silaplah, jenis perniagaan silaplah dan macam-macam lagi. Sayangnya, mana ada orang yang mahu mengakui kesilapan sendiri. Lupakah mereka kalau pihak berkuasa tempatan juga harus bekerja mengikut undang-undang yang telah ditetapkan?

“Qisya…” panggil Haledah perlahan. Qisya mengangkat wajah. Ditatap wajah Haledah dalam-dalam.

Dia mahu mengatakan kalau jiwanya masih sakit tapi bibirnya enggan bekerjasama. “Ada apa Kak Edah?” Wajahnya tetap juga lirih. Membohongi orang lain ternyata tidak sesukar membohongi hati sendiri.

“Qisya marah pada kami semua?” Senyuman hambar Qisya lemparkan.

“Tak ada sebab kenapa Qisya perlu marah. Setiap orang ada prinsip sendiri, Kak Edah. Qisya pun sekadar meluahkan prinsip Qisya. Hanya itu.”

12 BORANG berwarna hijau diselak-selak dengan gerakan paling perlahan. Direnung dengan teliti supaya tidak ada yang silap. Kemudian beralih pula kepada dokumen-dokumen sokongan. Mahu memastikan semua yang di perlukan sudah dilengkapkan. Dia tidak mahu berulang-alik ke Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, hanya disebabkan kesalahan yang sama. Perjalanan ke sana pun sudah mengambil masa hampir setengah jam. Itu pun belum termasuk kesesakan lalu lintas. Bila sampai pula, belum tentu lagi dia akan jadi orang yang pertama duduk di kaunter. Silap-silap langkah, dia mungkin akan jadi orang yang terakhir dan bila sampai gilirannya, kaunter pula akan tutup. Dia tidak mahu melakukan perkara yang sia-sia kerana dia sentiasa belajar daripada kesilapan. Diselak satu demi satu dokumen sokongan yang ada.

Tidak lengkap. Bahkan, lelaki itu hanya memberikan resit bomba sebagai tanda permohonan sudah dibuat. Sedangkan sudah jelas ditulis yang pihak MPJBT perlukan surat kelulusan sebenar, bukan hanya resit sementara. Hatinya sedikit bosan kerana dia yakin lelaki yang duduk di hadapannya tentu saja sudah tahu untuk apa borang itu diberikan. Mustahil hanya untuk diambil dan kemudian diserahkan kembali kepadanya dalam bentuk yang sama. Bukankah syarat-syarat sudah disertakan sekali.

“Dokumen ni tak lengkap,” kata Qisya dengan tenang tanpa menoleh kepada sekujur tubuh yang duduk tegak di hadapannya. Hatinya masih kosong kerana hal pagi tadi. Kalau hendak diikutkan hati, dia mahu pulang saja ke rumah. Dia mahu tidur bagi melegakan perasaannya walaupun dia maklum, segala-galanya tidak akan berubah. Kenyataan tetap juga kenyataan. Dan mimpi buruk yang selalu mengekorinya sejak dua tahun kebelakangan ini tidak mungkin akan bertukar menjadi mimpi indah dalam hidupnya.

“Apa lagi yang tak cukup ni?” rungut suara garau di hadapan Qisya sambil merengus perlahan. Jengkel dengan rungutan dan rengusan itu, pantas Qisya mengangkat wajah. Hati yang bergalau terasa hangat. Tibatiba dia terasa mahu menjerit mengatakan, ‘Tidak bolehkah encik bercakap dengan nada yang lebih lembut?’. Namun, tiada suara yang keluar saat mata bertentang mata. Hanya masa saja yang seolah-olah terhenti. Kosong dan terlalu sepi, melainkan hatinya yang bergetar semacam. Kenapa dengan aku ni? Takutkah aku pada lelaki yang baru pertama kali aku temui ini? Tidak, aku tidak bersalah dan tidak ada sebab kenapa aku harus rasa bersalah. Lagipun, ini bukannya pertama kali dia menghadapi situasi yang sama.

“Apa?” Lelaki itu masih dalam nada suara yang sama. Huh… harapkan wajah saja kacak, tapi perangai langsung tidak boleh dibanggakan, kutuk Qisya dalam hati.

“Cakap baik-baik sikit tak boleh ke?” Tiba-tiba dia jadi hilang sabar dengan lelaki yang satu ini. Padahal, dia bukannya jenis yang cepat melatah. Sejak bertugas di sini, dia sudah mengasuh hati supaya bersabar, bersabar dan terus bersabar walau sesekali tembok sabarnya runtuh juga dengan kerenah pelanggan yang pelbagai jenis. Mahu marah atau menjerit, mereka akan menjerit dan marah sesuka hati. Langsung tidak peduli kalau dia hanya manusia biasa yang sepatutnya dilayan dengan baik. Apakah sebab dia bekerja sebagai kerani, maka dia tidak layak mendapatkan layanan yang lebih baik?

“Eh… marah pulak,” tegur lelaki itu tanpa perasaan. Wajahnya yang sinis itu Qisya amati lagi. Kali ini dengan lebih dalam. Perasaan aneh menular sekali lagi. Kalaulah memukul orang tidak menjadi kesalahan, dia tentu sudah memukul lelaki itu sesuka hati. Biar lelaki itu tahu bagaimana harus menggunakan nada suara bila berdepan dengan orang lain. Jangan lagi hanya memikirkan diri sendiri semata-mata.

“Tak bolehkah encik menggunakan nada yang sopan bila berdepan dengan orang lain?” “Apa dia? Cakap sekali lagi?” Bulat mata yang agak sepet itu menikam wajah Qisya. “Qisya…” Qisya tersentak dengan dada yang berdebar-debar. Seulas senyuman paksa dihadiahkan kepada Haledah yang agak terpinga-pinga. Mungkin aneh mendengar nada suaranya yang sudah tidak seperti biasa. Namun dalam hati, beriburibu terima kasih dia ucapkan kepada Haledah kerana hadir tepat pada masanya. Jika tidak, dia sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku pada saat hatinya masih bergalau dengan katakata kawan-kawannya tentang cinta.

Tapi, lelaki itu? Qisya mengangkat kepala dan darah merah pantas menyerbu wajah. Tiba-tiba dia tersedar kalau dia sebenarnya sedang bertugas. Teruk macam mana pun perangai pelanggan, dia harus melayan mereka dengan senyuman. Bukankah pelanggan itu selalu betul walaupun jelas ada kesalahan yang telah dilakukan? Aduh… malunya aku. Apa agaknya anggapannya padaku? Melihat wajah yang sudah tenang itu, dia terasa seperti sedang melihat satu panorama indah. Mahu melihat dan terus melihat tanpa ada rasa jemu. Sukar dia hendak percaya kalau di dunia ini masih ada manusia yang kelihatan begitu sempurna.

“Dah habis nilai wajah saya?” Suara garau lelaki itu menampar gegendang telinga Qisya. Dia menelan liur dalam diam. Tapi kenapa air liur yang ditelan terasa seperti pasir saja? “Berapa markah saya dapat hasil daripada pandangan awak yang tak berkelip-kelip tadi? Layak saya jadi boyfriend awak?” Suara garau itu terus menghentam Qisya yang masih terkulat-kulat tanpa simpati sedikit pun. Sedangkan Qisya terus juga kaku tanpa kata. Hilang terus kekecohannya selama ini mendengar mulut berkumis nipis itu terus bersuara. Wajah cute itu terus juga dipandang tanpa rasa jemu walaupun sedikit. Dalam diam dia sedang menganalisa wajah itu. Tapi bolehkah lelaki tanpa perasaan itu digelar cute? Bukan macho atau handsome? Bukan. Di matanya, lelaki itu langsung tidak macho, apa lagi handsome. Hanya cute sahaja.

“Qisya, apa hal ni? Kak Edah tengok macam blur aje?” tegur Haledah tidak mengerti. Qisya terus juga kaku memandang wajah lelaki yang mirip kepada wajah Melayu, walaupun bermata sedikit sepet dan 16 Aku Mahu Kamu berkulit agak gelap. Lelaki sama yang mampu menjadikan dia patung cendana dalam sekelip mata. Bangsa apa sebenarnya dia? Agama apa yang dia anuti? Nama di borang yang ada di tangannya, tertera nama Melayu. Ziyad Fallah Bin Ikhram @ Richard. Mualafkah dia? Aduh… buat apa aku nak sibuk? Qisya pantas tersedar.

“Qisya, are you okay?” “Yup… sure, sure…” Akhirnya dia berjaya juga menjawab pertanyaan Haledah dengan wajah yang tebal. Ikutkan hati saat ini, dia mahu menyimpan wajahnya elok-elok di dalam baju ataupun di bawah meja. Entah apa agaknya pandangan Haledah saat ini. Lebih daripada itu, dia segan dengan lelaki yang masih selamba di hadapannya.

“Sebenarnya dia ni tengok saya macam nak telan aje tadi. Handsome sangat ke saya ni, kak?” Ziyad bersuara perlahan. Dia kemudian tersengih-sengih memandang wajah Haledah yang sudah tersenyum manis. Dan, Qisya yang mendengar pertanyaan itu terasa kepalanya seperti sedang dihempap dengan lesung batu.

“Awak cakap apa tadi?” Terjegil biji mata Qisya. Terlupa sekali lagi yang di hadapannya adalah orang awam yang mesti dilayan dengan sebaik mungkin. Apatah lagi sudah terang, lelaki itu datang untuk menghantar segala dokumen bagi permohonan lesen perniagaan dan iklan. Borangnya pun ada di tangannya.

“Pardon?” “What did you said just now?” ulang Qisya geram. Dia nampak dengan jelas Kogilavani tertinjau-tinjau. Ingin tahu apa yang berlaku di kaunter. Tapi lantaklah, dia tidak peduli dengan wanita itu, sebagaimana Kogilavani tidak pernah peduli dengan dunia sekeliling. Wanita yang satu itu memang selalu mementingkan diri sendiri. Hanya tahu buat kerja sendiri tanpa peduli atau membantu kawan-kawan yang dalam kesusahan.

“Saya cakap, saya ni layak ke jadi boyfriend awak?” Qisya terkesima sesaat. “Saya tak sudi dengan lelaki sombong macam awak. Tak terliur pun nak jadi girlfriend awak. So… stop dreaming and wake up!”

“Qisya, dah lengkap ke semua dokumen dia? Dah boleh bawa ke MPJBT hari ni?” Haledah memotong tiba-tiba. Dia seperti dapat merasakan sesuatu. Qisya memang nampak lembut, tetapi gadis itu akan cepat melatah bila hatinya diusik. Kogilavani yang terjenguk-jenguk membuatkan dia gusar. Bimbang kalau sikap Qisya yang agak keras sampai ke pengetahuan Tuan Haji Johari. Bos mereka itu, memang pantang jika ada aduan daripada pelanggan mereka.

Betul pun tetap juga akan dianggap salah. Rengusan Qisya keluar sambil matanya terus melotot kepada Ziyad yang masih lagi selamba. “Nak bawa macam mana kalau borang pun tak lengkap. Ikutkan dalam senarai ni, dia dah datang sekali tapi masih juga tak lengkap, padahal Kak Su dah bagi senarai mana yang patut dilengkapkan. Lepas tu nak marah orang pulak,” protes Qisya dengan wajah bengang. Dia menjeling sekilas Ziyad yang tetap selamba.

“Biasalah tu, Qisya. Berdepan dengan pelanggan ni memang sabar nak kena lebih.” “Ha… betullah apa yang kakak ni kata. Wajah tu kalau boleh maniskan sikit. Biar selera sikit nak datang lagi.” Lelaki itu menyampuk lagi sambil tersengih-sengih.

“Tak datang lagi bagus.” Ziyad ketawa perlahan.

“Macam manalah awak ni boleh duduk di kaunter?” Mata Qisya melotot geram. “Awak ni kan? Hisy…”

“QISYA…” Belum sempat Haledah menghabiskan kata-katanya, Qisya terus menyambar pen di tangannya. Kemudian pen berwarna oren itu diamati agak lama. Cantiknya. Lantas pen bertulis ‘I love you’ dengan tulisan yang bersambung cantik itu dipegang erat-erat. Hatinya berdebar-debar. Pen pendek dan gemuk itukah yang menarik minatnya hingga dia terasa tubuhnya bergetar sedikit? Atau, warna oren yang menjadi warna kegemarannya sejak dulu yang membuatkan matanya terus terkebil-kebil? Sungguh dia tidak pasti. Tapi hatinya benar-benar sudah jatuh kasih pada pen comel itu. Dalam masa yang sama, hilang terus wajah cute berlesung pipit yang telah menyakitkan hatinya seketika tadi.

“Qisya nak pen ni, boleh?” pinta Qisya.

Hilang terus amarahnya hari ini. Lagipun, saat ini dia sudah agak tenang kerana sudah pukul 5.00 petang dan itu bererti dia tidak perlu lagi berdepan dengan para pelanggan yang pelbagai ragam. Ada yang boleh menerima teguran dan ada juga yang sebaliknya. Namun, dia tidak menyalahkan sesiapa. Mungkin dia yang silap sebab sejak dulu dia tidak gemar dengan kerja yang memerlukan dia berdepan dengan orang awam atau para pelanggan. Tapi setelah setahun menganggur, dia tidak punya pilihan lain. Sedar kalau dia tidak boleh terlalu memilih dalam keadaan sekarang, walaupun dia ada segulung ijazah dalam bidang komunikasi.

“Wei… berangan?” sergah Haledah agak kuat. Di bibir wanita itu terpamer segaris senyuman manis. Qisya tersentak dek sergahan tiba-tiba itu. Terlalu leka merenung pen oren itu dia jadi teringat kenapa dia ada di pejabat ini dan sekali gus melupakan kehadiran Haledah yang sudah pun duduk di hadapannya. Tenangnya wajah itu selalu membuatkan dia ikut tenang. Kalau Haledah tidak ada, entah dengan siapalah dia hendak berkawan. Bukannya tidak ada kawan-kawan lain, malah yang hampir sebaya dengannya pun ada. Cuma, dia rasa lebih selesa dengan Haledah.

“Hai… tak habis-habis lagi angan-angan Qisya ya?” Bibir Qisya terjuih ke depan. Kemudian dia menjelirkan lidahnya ke arah Haledah. Sengaja mengejek Haledah yang sudah tergelak kecil. Bila wanita itu mahu mencubit lengannya, dia menepis hingga tanpa sedar dia telah terlanggar mug yang digunakan untuk menyimpan peralatan menulisnya. Bulat biji matanya bila mug berserta dengan alat yang ada di dalamnya tergolek di lantai hingga menerbitkan bunyi yang agak membingitkan.

“Tak habis-habis nak main-main. Patutlah kerja lambat siap,” rungut Kogilavani sambil menjengulkan kepalanya di sebalik petisyen yang memisahkan kedudukan mereka. 20 Aku Mahu Kamu Haledah yang turut mendengar rungutan Kogilavani menepuk dahinya sendiri. Kemudian dia ketawa. Kali ini ketawanya agak kasar sedikit.

Dia sengaja mahu membakar hati Kogilavani. Bertahun-tahun menjadi warga Permata Advertising Sdn. Bhd., dia sudah masak dengan perangai Kogilavani yang lain daripada yang lain. Wanita itu selalu saja merasakan dirinya betul. Jika tersilap sedikit, cepat saja mulutnya mengata itu dan ini.

“Kak Edah…” Qisya sudah berkerut dahi. Dia kalau boleh tidak mahu mencari pasal dengan Kogilavani yang tidak boleh dibawa berunding itu. Minggu lalu pun dia sudah melawan bila Kogilavani mengatakan dia lambat membuat kerja. Padahal, wanita itu sendiri tahu dia bercuti selama dua hari. Ikutkan hatinya, mahu saja dicili-cili mulut yang selalu bergincu tebal itu. Sudahlah kurus kering, ada hati hendak membentak orang lain, cemuh Qisya dalam hati dengan wajah bengang.

“Biarlah. Ingat dia tu bagus sangat ke?” “Hah… Edah, kau pun tak habis-habis ketawa kenapa?” Kali ini sasaran Kogilavani adalah Haledah. Kepalanya sudah tidak terjenguk-jenguk seperti tadi.

“Aku ketawa sebab aku suka. Ketawa pun tak boleh ke? Sejak bila pulak kat syarikat ni dah dilarang ketawa ni? Tuan Haji pun rasanya tak pernah lagi keluarkan arahan yang mengatakan kita semua tak boleh ketawa.”

“Orang lain nak buat kerja tak boleh sebab kau dengan Qisya bising sangat. Macam budak-budak.” “Kawan dengan budak-budak memanglah kena jadi budak-budak,” balas Haledah. “Baguslah, nanti naik lemaklah Qisya tu sebab ada orang back-up dia tiap kali kena tegur.” Mulut Qisya sudah herot-herot kerana dia mengikut semua kata-kata yang Kogilavani tujukan kepada Haledah.

Sedangkan Haledah yang melihat sudah menekan-nekan perut kerana geli hati dengan memek wajah Qisya yang agak buruk di pandangan matanya. Kemudian dia tunduk dan mengutip semua peralatan menulis milik Qisya. Sungguh, dia gembira sejak hadirnya Qisya. Memandang wajah Qisya yang ceria, dia terasa seperti memandang adiknya sendiri. Padahal dia tidak punya adik. Kalau ada pun, itu sudah lama dulu. Kata arwah ibunya, adiknya meninggal dunia semasa berusia 2 bulan. Tapi bila merenung dalam-dalam ke anak mata Qisya, dia dapat merasakan kalau Qisya sebenarnya selalu ketawa dalam tangisan.

Qisya selalu mahu menghiburkan hati orang lain, membuatkan orang lain ketawa dengan aksi-aksinya yang keletah dan gila-gila. Namun, Qisya dalam diam cuba menutup ruang-ruang luka yang ada di hati. Kalau boleh gadis itu tidak mahu orang lain tahu.

Ah… menipu orang lain memang tidak sesukar menipu hati sendiri. Itulah yang selalu Qisya katakan padanya suatu ketika dulu. Komputer di atas meja sudah dimatikan. Dia mahu pulang awal hari ini. Lama-lama duduk di pejabat, dia yang tidak ada sakit darah tinggi akan dihinggapi penyakit itu. Lagipun dia tidak ada hati hendak menghadap wajah Kogilavani lamalama. Dia bimbang rasa meluat kepada wanita akhir 30-an itu semakin menjadi-jadi. Bukan caranya mahu bermusuhan dengan sesiapa walaupun hatinya disakiti.

“Cerah muka nampak? Tadi bukan main akak dengar suara kau. Kau gaduh dengan pelanggan kita ya?” serkap Juhani dengan sengihannya. Qisya gigit bibir perlahan. Dia menggeleng-geleng dengan dahi yang sengaja dikerutkan. Tanda dia kurang gemar dengan apa yang baru sahaja Juhani katakan.

“Syhh… jangan cakap kuat sangat, nanti Tuan Haji 22 Aku Mahu Kamu dengar, kepala Qisya putus. Dia baru sampai tu,” bisik Qisya perlahan sambil mengangkat kepala ke arah langkah Tuan Haji Johari yang sudah semakin menjauh.

“Tahu takut,” ejek Juhani sambil meletakkan lengannya di atas meja Qisya yang sudah siap dikemas. Gadis muda 3 tahun daripadanya itu direnung seketika. Dia masih teringat bagaimana terseksanya raut wajah Qisya ketika mereka membicarakan soal cinta pagi tadi. Qisya tetap tegar mengatakan kalau cinta itu tidak ubah seperti plastik. Langsung tidak peduli melihat tiga pasang mata melotot ke arahnya. Malah, langsung tidak mahu menarik kembali apa yang dikata. Ketika itu, dia sempat melihat mata Qisya memerah seperti biji saga.

Dia menjangkakan gadis ceria itu akan mengalirkan air mata. Tapi hingga Qisya kembali ke mejanya pun, gadis itu langsung tidak menangis. Hanya termenung, memandang terus ke hadapan seperti sedang memikirkan sesuatu. Dia tidak pasti apa yang ada di benak Qisya ketika itu, tapi dia dapat merasakan ada sesuatu yang disembunyikan gadis itu dari pengetahuan sesiapa. Pernah terlukakah Qisya? Pernah patah hatikah gadis itu? Dia mahu tahu apa sebenarnya yang membelit hati Qisya saat ini.

Dia mahu berkongsi segala suka dan duka dengan Qisya kerana selama ini gadis itu selalu meminjamkan bahunya jika diperlukan. Kini dia mahu Qisya tahu kalau dia pun sudi meminjamkan bahunya buat Qisya merebahkan kepala. Tetapi mulutnya terasa kaku. Dia bimbang jika pertanyaannya akan membuatkan Qisya lebih terluka lagi.

“Bukan takut, tapi seramlah Kak Hani,” balas Qisya sambil mengangkat kening berkali-kali. Sengaja mengusik Juhani.

“Tapi tadi akak tengok mamat tu handsome gila,” usik Juhani.

Mata Qisya terbeliak. Dia memandang Juhani seperti hendak menelan saja gayanya. Tidak percaya dalam diam, Juhani yang duduk di hujung sekali rupa-rupanya mengintai ke kaunter. Kalau tidak, masakan Juhani tahu kalau wajah lelaki tidak berperasaan itu kacak. Ah, kacak pun tak guna kalau budi bahasanya tidak ada, buat membuang masa saja. Kata orang, hidup ini biarlah ada budi bahasa supaya dihormati orang.

“Mengintai ya?” Juhani mengangguk beberapa kali. Qisya jarang marah, bila gadis itu marah bererti sesiapa yang duduk di hadapannya benar-benar hebat. Lantaran itu, dia dan kawan-kawannya mengintai tanpa pengetahuan Qisya. Mahu melihat lelaki mana yang begitu hebat sehingga mampu mengocakkan ketenangan Qisya. Malah, dia ingat lagi bagaimana melopongnya mulut Suhana bila melihat seraut wajah lelaki yang begitu kacak dengan wajah selamba memandang Qisya.

Ketika itu dia tahu, Suhana tentu saja sudah melupakan suaminya yang sedang bekerja untuk masa sedetik. Wajah setampan itu, mana mungkin perempuan tidak teruja bila melihat. Qisya saja yang tidak peduli itu semua. Tetap juga mengomel di hadapan lelaki yang telah mencabar kesabarannya.

“Hisy… teruknya Kak Hani ni. Buat malu Qisya aje.” Wajah Qisya sudah merona merah. Perasaan yang memberontak membuatkan dia gagal untuk mengawal mulut supaya bercakap dengan cara yang elok-elok. Tetapi jika lelaki itu tidak memulakan dulu, dia tentu saja akan terus bertingkah sopan seperti dia melayan pelanggan yang lain. Lantaklah! Dia tetap akan mengatakan kalau dia tidak bersalah sama sekali.

“Tengok tu… tengok tu, ada orang dah malu,” giat Juhani dengan ketawa perlahan. 24 PEN oren yang comel di tangan, Qisya tatap lama. Cantik. Rasanya sudah tiga hari sejak pen itu ada padanya, dia asyik merenung dan terus merenung tanpa ada rasa jemu. Malah sudah tiga hari juga, pen yang telah menarik hatinya itu diusung ke sana ke mari di dalam beg tangannya.

Dia tahu tidak sepatutnya dia mengambil sesuatu yang bukan miliknya. Apatah lagi tulisan ‘I Love You’ yang tertera, seolah-olah mengatakan bahawa pen itu sebenarnya milik orang lain. Mungkin diberikan oleh yang tersayang kerana adanya perkataan sayang di dada pen itu. Dia beranggapan ada orang yang tertinggal pen unik tersebut.

Tapi sudah tiga hari berlalu, tidak ada sesiapa pula yang menuntut pen itu hingga dia membuat kesimpulan kalau pemilik pen itu sudah tidak berminat terhadap pen di tangannya ini. Apatah lagi pen itu sudah kehabisan dakwat, walaupun masih boleh direfill kembali. Itu juga salah satu sebab yang membuatkan dia terus beranggapan kalau pen itu sebenarnya memang hendak dibuang, hanya tidak mahu dibuang ke dalam tong sampah sahaja. Kalau orang sudah tidak berminat, kenapa tidak dia saja yang menyimpannya?

“Hello sweetheart…” sapa satu suara garau tiba-tiba. Pen oren di tangan Qisya terlepas lalu tergolek di atas meja di hadapannya. Matanya yang sedikit bulat menyorot ke arah pen yang masih bergolek-golek tanpa destinasi yang pasti. Mata yang tunak menyapanya tadi sehingga membuatkan dia terperanjat, juga diam ke arah yang sama. Seketika dunia yang selama ini hingar-bingar tiba-tiba saja terasa sunyi dan sepi.

Pantas Qisya mengangkat wajah. Rasa tidak percaya membuatkan dia pantas menyambar pen yang sudah berhenti di hadapan seraut wajah tenang di hadapannya. Tanpa kata, dia terus menggenggam kemas pen itu. Sungguh, dia benar-benar sayangkan pen unik berperut gemuk itu. Kalau pemiliknya meminta bayaran, dia sanggup melakukannya asalkan dia dapat menyimpan pen tersebut. Melihat mata sedikit sepet itu merenung tajam pen di tangannya, dia menyembunyikan pen tersebut di belakangnya.

“Itu…” “Apa?” potong Qisya pantas dengan mata sedikit terjegil. Sengaja mahu menakut-nakutkan lelaki itu. Kalau dia tahu lelaki tidak berperasaan itu akan datang lagi hari ini, dia akan menyuruh Suhana menggantikan tempatnya. Tapi setahunya, semalam lelaki itu sudah datang dan permohonan lesen perniagaannya sudah dihantar ke MPJBT. Malah, sudah pun mendapat resit bayaran sebagai bukti. Lesen sementara juga sudah siap diproses. Lalu kenapa datang lagi? 26 Aku Mahu Kamu

“Amboi… garangnya anak dara ni. Macam nak makan orang,” sindir Ziyad dengan senyuman mengejek. Kepala yang ditutupi tudung Qisya garu-garu perlahan. Dia tidak berasa gatal sebenarnya, tetapi tindakannya itu spontan. Eh… mana senyuman sinis di bibirnya seperti tiga hari lalu? Wajah selambanya hilang ke mana agaknya?

“Nak apa lagi? Urusan lesen awak, semalam dah siap kan?” Perlahan sedikit nada suaranya, sambil berpaling ke belakang. Mujurlah ketika ini kawan-kawannya tidak ada di tempat masing-masing. Semuanya keluar minum. Yang ada hanyalah Haledah dan Juhani. Itu pun, kedua-duanya kelihatan hanya tunduk di meja. Mungkin sedang menyiapkan kerja yang tidak pernah akan ada habisnya.

“Sudah. Tapi…” “Kalau macam tu tak payahlah datang lagi. Tunggu panggilan daripada kami bila pihak MPJBT dah luluskan lesen itu. Tapi dalam masa yang terdekat mungkin pegawai akan buat pemeriksaan. Manalah tahu, ada maklumat yang tak betul. Jadi awak kena selalu ada di pejabat.” Dalam hati Qisya berdetik, kalaulah ketika ini Tuan Haji Johari lalu dan melihat bagaimana sadisnya dia melayan Ziyad yang merupakan pelanggan syarikat, memang hari ini adalah hari terakhir dia di sini. Dia gusar sebenarnya, namun dia tetap berlagak seperti tidak ada apa-apa yang berlaku dengan hatinya saat ini. Sedangkan Ziyad di balik dinding kaca sudah tersenyum dan mempamerkan lesung pipit di pipi kirinya yang agak dalam.

Entah kenapa, dia suka sekali menyakat gadis yang tidak pernah bermanis muka dengannya itu. Selagi gadis itu marah, selagi itu hatinya terasa bagai ditarik-tarik untuk mencabar kesabaran gadis manis itu. Dia tahu gadis itu tidak suka kepadanya kerana dia nampak dengan jelas betapa kelam-kabutnya gadis itu lari semasa dia datang setelah borang permohonan lesen perniagaannya lengkap. Hampa sedikit perasaannya bila orang lain yang terpaksa melayannya. Dan, dia tahu itu tentunya salah satu helah untuk mengelak daripada bertembung pandang dengannya. Tapi kalau sudah rezeki, tentu tidak akan ke mana-mana. Buktinya, hari ini dapat juga dia menatap seraut wajah yang sedang cemberut itu. Masam mengalahkan asam jawa saja layaknya wajah itu. Namun, tetap sedap dipandang mata lelakinya. Tetap juga diratah dengan perasaan yang hanya dia saja yang memahaminya.

“Saya datang ni nak ambil lesen sementara. Semalam petang ingat nak datang tapi tak sempat. Boleh saya dapatkan lesen tu sekarang?” Tenang saja nada suara Ziyad. Lembutnya suara dia. Senyuman dia pun menarik, puji Qisya dalam hati. Kenapa aku ni? Tidak. Cinta tak wujud. Tak wujud.

“Tunggu sekejap.” Ziyad hanya memerhati gadis itu ligat mencari dokumen yang dia maksudkan. Bibirnya tidak mahu berhenti mengukir senyuman.

“Nah… ini lesen sementara awak. Semak mana-mana yang patut dengan teliti dulu sebelum balik sebab takut nanti ada sebarang kesilapan. Bila lesen sebenar dah keluar nanti susah nak betulkan semula,” tegas Qisya. Dia mahu lelaki bernama Ziyad Fallah itu tahu kalau dia bukannya gadis sembarangan yang boleh diperlekehkan walaupun dia hanya bekerja sebagai penjaga kaunter. Kalau pun bukan dia yang duduk di kaunter, dia mahu lelaki itu ataupun mana-mana lelaki menghormati siapa dan apa juga jenis pekerjaan di dalam dunia ini. Jangan dengan sewenang-wenang bersikap sebagai ‘tuan’.

Spontan Ziyad tertunduk. Dia menyemak butir-butir 28 Aku Mahu Kamu yang tertera pada lesen sementara yang berwarna hijau itu. Kalau boleh, dia pun tidak mahu ada sebarang masalah yang timbul kelak. Dalam jangka masa yang terdekat, dia berharap cawangan yang terletak di Taman Universiti itu dapat beroperasi dengan secepat mungkin. Sememangnya perancangan sudah dibuat sejak beberapa tahun lalu. Sebarang kesilapan yang berlaku, bererti semakin banyak masa yang terbuang. Sedangkan dia tidak gemar membuat kerja bertangguh-tangguh. Beberapa minit berlalu, dia masih memandang lesen sementara itu dengan penuh minat.

“Hmm… kerja yang bagus,” puji Ziyad tanpa berselindung. Dia menghadiahkan segaris senyuman ikhlas kepada Qisya. Baginya, dia tidak perlu berpura-pura demi menutup ego. Kalau bagus, dia akan memuji, tapi kalau tidak bagus, tidak pula dikeji. Sebaliknya dia akan cuba menegur dengan cara yang paling berhemah. Dengan cara itu, rasa hormat seseorang terhadapnya tidak akan jatuh di tahap paling bawah. Paling penting lagi, suasana harmoni dalam pejabat akan dapat dikekalkan kerana masing-masing tahu menegur dan menerima teguran. Baginya juga, dalam sesebuah pekerjaan tidak ada istilah ‘bos’ dan ‘kuli’. Dia tidak mengamalkan prinsip itu sejak mula menerajui syarikat peninggalan papanya.

“Tak cakap terima kasih ke?” Selamba dia bertanya kepada Qisya. Qisya yang sudah kembali hanyut dengan dunianya, tersentak. Terpinga-pinga dia memandang wajah Ziyad yang masih lagi tersenyum segak. Dia terdengar Ziyad bertanyakan sesuatu kepadanya, namun pertanyaan itu satu pun tidak ada yang singgah di benaknya. Mahu bertanya kembali dia terasa segan. Bimbang kalau-kalau senyuman manis itu akan bertukar sinis dalam sekelip mata. Lantas dia mengambil keputusan untuk terus mendiamkan diri dengan harapan Ziyad akan mengulangi kembali apa yang dikatakan tadi.

“Janganlah sombong sangat, Qisya.” Mata Qisya melotot memandang Ziyad.

“Apa awak kata tadi?” Semakin lebar senyuman di bibir Ziyad bila wajah Qisya sudah bertukar rona. Qisya di matanya terlalu cepat naik angin. Pantang kalau dia bercakap sesuatu yang agak sinis. Atau lebih tepat lagi, Qisya seorang yang suka bercakap lepas dan cenderung untuk membalas jika hatinya disakiti. Tapi hati lelakinya tetap tercuit. Dia lebih sukakan sikap Qisya itu daripada sekian banyak gadis di luar sana yang selalu bertingkah baik di hadapannya. Sedangkan di belakang, mematuk bagaikan ular berbisa.

“I said… you look beautiful today and blue colour…” Kata-kata Ziyad terhenti. Matanya dan mata Qisya saling bertentangan. Dalam diam dia cuba meneroka keistimewaan Qisya yang selama ini mungkin tidak ada sesiapa yang menyedarinya. Kenapa dia mahu mencari keistimewaan itu, dia tidak tahu. Hanya hatinya seolah-olah mendesak supaya dia berbuat begitu. “Actually looks really nice and I think it suits you more. I love it.” pantas berpaling ke belakang dengan wajah yang merah padam. Rasa malu sudah menyerbu hingga ke dasar hatinya yang paling dalam.

Kata-kata dan pujian Ziyad tadi baginya agak keterlaluan hingga membuatkan dia beranggapan kalau lelaki itu sebenarnya sengaja mahu mempermain-mainkan perasaannya. Untuk memuaskan hatinya, pantas dia menunduk ke bawah, melihat sepasang baju kebaya berwarna biru laut yang membaluti sekujur tubuhnya yang lampai. Kemudian, selipar Jepun yang menjadi alas kakinya sejak awal tadi dipandang lama. Kalau dia berdiri di hadapan Ziyad dengan selipar Jepun itu, mahukah lelaki itu terus memujinya? Atau, dalam sekelip mata dia akan mendengar kata-kata sinis dari bibir itu? “Awak dah minum?” Tiba-tiba bergema lagi suara Ziyad di balik kaca jernih.

Qisya kembali memandang ke hadapan. Wajah tenang Ziyad sedikit mencuit hatinya. Dia tahu layanannya terhadap Ziyad bukannya boleh dikatakan sebagai ‘first class’, tapi lelaki itu tetap juga mempamerkan wajah tenang. Kalau sinis pun hanya seketika. Kemudian kembali tenang walaupun dia sering marah-marah.

“Saya tak minum pagi,” tipu Qisya bersahaja. Dia berpura-pura menyelak buku tebal yang ada di hadapannya. Padahal, semua data dalam buku itu sudah diperiksa semalam. Sudah tidak ada apa yang perlu dibetulkan lagi. Kalau pun ada yang perlu ditulis di buku itu, tentunya pada petang nanti selepas kaunter ditutup. Tapi dia mahu menunjukkan kepada Ziyad kalau dia sedang sibuk. Masih ada banyak kerja yang perlu dilakukan selain daripada melayan Ziyad yang seperti tidak mahu balik walaupun urusannya sudah lama selesai. Apalagi sampai mahu makan dan minum bersama-sama lelaki yang tidak diketahui hati dan budi itu. Kenal lama pun tidak menjanjikan apa-apa, apalagi kalau kenal hanya beberapa hari. Itu pun dalam keadaan yang masing-masing tidak mahu kalah.

“Eh… mana boleh tak minum, nanti sakit.” Dahi Qisya berlapis-lapis. Kecil matanya mencerun ke arah Ziyad yang tetap juga tenang, langsung tidak terusik dengan balasan jawapan Qisya.

“Kita ni kongsi perut ke?” sinis Qisya dengan senyuman gembira kerana dapat mengenakan Ziyad. Dalam diam sebenarnya ada rasa kurang senang di hatinya pada lelaki itu. Cumanya, rasa itu tidaklah sampai membuatkan dendam di jiwanya. Mungkin dia hanya sekadar membalas sedikit rasa hatinya yang dicuit Ziyad beberapa hari lalu.

“Tak.” “Dah tu?” sergah Qisya dengan wajah tanpa perasaan. Beberapa hari mengenali Ziyad, dia terasa dia seperti sudah 32 Aku Mahu Kamu menjadi orang lain. Cepat melenting dan suka bercakap mengikut perasaan. Sedangkan Ziyad yang masih duduk santai, hanya tersenyum. Tingkah Qisya selalu saja mencuit hati lelakinya.

“Tanya pun tak boleh?” “Eh… suka hati sayalah kalau tak nak jawab.” Qisya mencebik sedikit. Dia mengharapkan Ziyad akan meninggalkannya secepat mungkin. Bila-bila masa saja pelanggan akan datang kerana jarum jam semakin bergerak meninggalkan masa yang tidak mungkin dapat dikutip kembali. Melihat Ziyad duduk-duduk di situ, rasanya itu bukanlah satu tindakan yang baik. Mahu disuruh pergi atau dalam bahasa kasarnya ‘menghalau’ dirasakan tidak wajar pula. Selagi lesen sebenar tidak dikeluarkan, itu bermakna syarikatnya masih bekerja dengan Ziyad. Mahu atau tidak, dia harus menjaga tingkah lakunya di mata Ziyad walau terpaksa berpura-pura sekalipun.

“Tak apalah kalau macam tu, saya ada kerja ni.” Kata-kata Ziyad yang tenang telah menghamburkan lamunan Qisya terhadap Kogilavani. “Saya pergi dulu.” Lantas, Ziyad berpaling. Dia dapat merasakan kalau Qisya seperti tidak senang dengan kehadirannya di situ. Dia nampak garis-garis gelisah ada di raut ayu itu. Ikutkan hati dia tidak mahu pergi. Mahu terus menatap beningnya mata itu. Tapi itu bukan caranya. Cuma dia tidak pasti yang dia tidak akan datang lagi semata-mata mahu menatap seraut wajah dan segaris senyuman yang selalu kelat itu. Itu dia benar-benar tidak pasti. Dan Qisya, tiba-tiba saja terasa kehilangan saat Ziyad berpaling dan mahu meninggalkan kaunter yang masih lengang itu. Kosong dan hambar mula mengisi ruang hatinya.

“Cik adik…” Qisya tersentak dengan teguran itu. Hatinya yang hilang sesaat tadi bagaikan muncul kembali bila dia mengangkat wajah. Ternyata seraut wajah itu masih berdiri di hadapannya. Malah, senyuman di bibir itu tetap juga tidak hilang. Ziyad bukan siapa-siapa dalam hidupnya. Hanya singgah sebentar sebelum pergi begitu saja seperti pelangganpelanggan lain yang pernah berurusan dengannya selama ini. Adanya Ziyad tidak menambah, tidak ada pula tidak akan mengurangkan apa-apa. Tapi mengapa hatinya di dalam terasa seperti tidak keruan?

TUHAN… apa erti semuanya ini? Tolong… jangan duga aku begini kerana aku sudah tidak cukup kuat lagi. Aku sudah tidak berdaya bermain dengan perasaan. Aku tidak mampu, rintih hati kecil Qisya lirih.

“Kenapa? Ada apa-apa lagi yang boleh saya tolong?” Kali ini nada suaranya lemah tidak bermaya. “Hmm… awak pegang pen oren siapa tu?” Terpana Qisya tiba-tiba. Hilang segala rasa yang bergumpal di hatinya tadi.

“Saya punya, kenapa?” Dia yang tadi kelihatan tidak berdaya, kembali tegar. Ziyad duduk kembali. Tanpa izin dia mencapai pen di tangan Qisya melalui ruang di bawah kaunter yang sedikit terbuka. Melihat Qisya hampir saja menjerit marah dengan tindakan spontannya itu, dia hanya mengulum senyum. Tersentuh hatinya bila melihat wajah Qisya yang agak sayu. Dia jadi tertanya-tanya, apa sebenarnya yang telah berlaku? Rasanya dia tidak ada menyakiti hati Qisya, tapi kenapa Qisya nampak sedih. Rasa ingin tahu itulah yang membuatkan dia nekad untuk tidak pergi, walaupun tadi dia sudah berpaling, mahu meninggalkan gadis yang dirasakan sangat unik itu.

“Tak malu ke curi barang orang?” tanya Qisya garang. Matanya melotot memandang wajah Ziyad. 34 Aku Mahu Kamu Ziyad tersenyum manis. Dia lebih rela melihat wajah Qisya marah-marah daripada wajah Qisya yang lemah seperti menyimpan sebuah kisah duka. “Mana awak dapat pen ni?” Qisya jadi pelik tiba-tiba dengan soalan di luar dugaannya itu. “Minta maaflah, saya tak jual barang yang saya sayang. Apa lagi pada orang asing macam awak.” Angkuh sedikit bicaranya kali ini. Dia memang memaksudkan apa yang dikatakan tadi. Dia memang sayangkan pen itu.

“Oh, ya ke?” Ziyad bagaikan sengaja mencabar Qisya.

“Apa maksud awak dengan ya ke?” Kali ini, mata tajam Ziyad merenung wajah Qisya. Dalam hati dia terfikir, pernahkah Qisya menyedari kalau dia mempunyai wajah yang cukup ayu? Dalam rona merah, tetap mampu meneduhkan hati dan perasaan lelakinya.

“Saya pun tak pernah beri barang kesayangan saya pada orang. Mana awak dapat pen saya ni?” Qisya menelan liur perlahan-lahan. Pen saya? Tidak. Dia tidak percaya dengan kata-kata Ziyad yang dia pasti sekadar mahu menyakitkan hatinya. Sepantas kilat pen di tangan lelaki itu dirampas kembali dan disembunyikan. Namun, degupan jantungnya dirasakan terlalu kuat. Dia merasakan seperti terkena renjatan elektrik saat jemarinya bersentuhan dengan jemari kasar milik Ziyad tadi.

“Awak curi pen saya, kan?” tuduh Ziyad dengan riak wajah yang sama. Dia terasa mahu ketawa besar melihat wajah Qisya yang kelihatan panik dan merah. Tapi dalam diam, dia mengakui kalau dia juga merasakan apa yang Qisya rasakan kini. Lembutnya sentuhan itu membuatkan hati lelakinya terasa bergetar semacam dan seingatnya, dia belum pernah merasakan perasaan ini seumur hidupnya yang sudah hampir ke usia penghujung 20-an. Inikah rasanya disentuh gadis yang telah mencuit hati? Hanya dengan tiga kali pertemuan? Dua kali berkomunikasi?

“Mulut jaga sikit. Cili karang baru tahu!”

“Saya tak potong tangan awak sebab mencuri dah cukup baik,” balas Ziyad dalam ketawa perlahan. Wajah Qisya menjadi bertambah merah. Rasa marah, sakit hati, malu dan mahu tahu bergabung dalam hatinya. “Kak Edah!” panggil Qisya agak kuat. Hanya Haledah saja yang boleh memberikan jawapan pada persoalan yang ada di benaknya. Dia tidak mahu terus-terusan dituduh mencuri kerana sejak kecil pun dia sudah diajar kalau perbuatan mencuri itu sangat dibenci ALLAH.

“Kenapa Qisya?” tanya Haledah dengan wajah cemas. Dia merenung sekilas wajah Qisya yang merah padam. Kemudian pandangannya beralih pula ke wajah Ziyad yang tenang. Masih duduk santai di hadapan Qisya.

“Ziyad, apa khabar?” Haledah ramah bertanya. Ziyad yang mendengar pertanyaan Haledah hanya mengangkat ibu jarinya menandakan dia baik-baik saja. Namun, senyuman di bibir itu tidak pernah lekang. Ziyad tetap juga berwajah biasa. Membuatkan Haledah semakin tertanya-tanya apa sebenarnya ada dalam hati dua insan di hadapannya itu.

“Kenapa Ziyad? Kak Edah dengar kecoh aje tadi. Muka adik Kak Edah ni pun merah semacam. Musuh ketat dia datang rupa-rupanya,” usik Haledah membuatkan Ziyad ketawa sakan sambil mengangkat kening. “Pen ni pen Qisya, kan? Kak Edah yang beri Qisya, kan?” Tidak peduli pada pertanyaan Haledah kepada Ziyad, Qisya segera bertanya. Selagi Haledah tidak mengiakan pertanyaannya, dia tidak akan dapat duduk dengan tenang. Lebih daripada itu, dia mahu Ziyad tahu kalau dia bukannya pencuri seperti yang lelaki itu sangkakan. Wajah Haledah pula yang berubah. Lembut matanya menatap seraut wajah Qisya yang masih merah padam.

“Pen 36 Aku Mahu Kamu tu? Pen tu…” Tergagap-gagap sedikit nada suara Haledah. Kelu lidahnya mahu menerangkan apa sebenarnya yang telah berlaku. Tapi melihat Qisya yang beria-ia, dia tidak punya pilihan lain lagi. Dia harus berterus terang agar Qisya tidak salah faham.

“Kenapa?” potong Qisya pantas. Hatinya bagaikan dapat menghidu sesuatu.

“Sebenarnya pen tu ada atas meja Qisya. Jadi, Kak Edah pun ambil dan beri Qisya supaya Qisya simpan. Bila tuannya datang, Kak Edah nak suruh Qisya pulangkan balik. Tapi belum sempat Kak Edah cakap apa-apa, Qisya dah merengek nak, jadi Kak Edah tak sampai hati nak cakap perkara sebenar. Kak Edah minta maaf,” pinta Haledah perlahan. Mengerti kini kalau pen itulah puncanya mengapa Qisya dan Ziyad masih lagi berhadapan saat ini. Mendengar kata-kata itu, Qisya terasa wajahnya sudah tebal berinci-inci. Ya ALLAH… malunya aku pada dia.

“So… I want my pen back,” pinta Ziyad tanpa mempedulikan riak wajah Qisya yang sudah berubah muram. Bukannya dia tidak perasan riak kecewa itu, dia nampak dengan jelas dan dia rasa simpati. Tapi dia terpaksa meminta kembali pen itu kerana pen itu menyimpan seribu kenangan untuknya. Ada sentimental value dalam hidupnya yang tidak mungkin dapat berulang kembali kerana mama kesayangannya telah pergi menghadap ILAHI. Qisya tarik nafas dalam-dalam. Kalau bukan haknya, untuk apa terus menyimpan walaupun hati sudah jatuh sayang? Lantas, pen oren itu terus ditolak perlahan ke arah Ziyad. Rasa terkilan semakin menjeruk hatinya bila Ziyad mencapai pen itu dengan megahnya. “Awak suka pen oren ni?” Qisya diam saja. Suka pun tidak guna kalau dia tidak dapat memiliki pen itu. Berdiam diri tentu ada baiknya.

“Awak nak?” tanya Ziyad bersahaja. Serta-merta kepala Qisya yang tadinya tunduk menekur jari-jemari sendiri, tegak. Mahu mengangguk dia sudah tidak berdaya kerana terlalu malu. Pen itu bukan miliknya, tapi masih mahu mengaku seolah-olah memang dia yang membelinya. Tapi kalau dia tahu pen itu milik Ziyad, pasti dia tidak akan bersikap begitu.

“Kalau nak… temankan saya minum kat kafe. Saya masih belum minum pagi,” tawar Ziyad. Peluang tidak datang berkali-kali, dia mahu menggunakan peluang itu dengan sebaik-baiknya. Siapa tahu hari ini hati Qisya akan cair? Mungkin dia kelihatan seperti sedang mengambil kesempatan, tapi demi desakan hati yang begitu melonjaklonjak dia sudah tidak peduli. Mamanya tentu mengerti apa yang hati mudanya inginkan saat ini. Qisya terus kaku. Inikah yang harus dibayar demi memiliki pen yang masih digenggam Ziyad?

“Macam mana?” “Jangan harap!” Tiba-tiba Qisya memberikan jawapan itu sedangkan hatinya menjerit mengatakan dia mahu demi mendapatkan apa yang dia inginkan. Ziyad mengangkat bahu sambil tergelak kecil. Sangkanya tadi Qisya akan menurut, tapi ternyata apa yang difikirkan sangat bertentangan.

“Kalau tak nak, tak apa. Pen comel ni terpaksa saya ambil balik. Tapi tawaran saya terbuka sampai bila-bila. Jadi, awak boleh ambil sebanyak mana pun masa untuk fikirkan.” Pen oren itu diletakkan di kocek bajunya. Dia perasan mata Qisya yang memandang sayu ke arah pen di kocek bajunya. Kata tak nak tadi, ni nak sedih-sedih pula. Itulah, siapa suruh ego sangat, detik hati Ziyad riang. “Jumpa lagi, Kak Edah. Bye… gadis angkuh!” Dia terus berlalu begitu saja.

http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/BERITA%20UMUM/promo%20aku%20mahu%20kamu/paper3.html

PERNAHKAH anda melihat ikan lumba-lumba melahirkan anak? RENUNG SEJENAK minggu ini memaparkan detik-detik kelahiran ikan tersebut…

http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/N_relax%20jap/2010/renung050210/renung05022010.html

Salam all ,
Sedikit catatan mengenai Aduka Taruna, sebelum beliau tersasul menghina Almarhum Sultan Iskandar. Membaca catatan dibawah ternyata beliau memang benar2 terlampau dan terlajak. Jika Saidina Ali dan Aisyah Isteri kesayangan Rasulullah disifatkan sebagai “bangang nak mampus ” apatah lagi komen beliau mengenai Almarhum Sultan. Apapun bak kata Pepatah melayu “Terlajak Perahu boleh diundur ….Terlajak berblogging …buruk padahnya …sama2lah kita mengambil iktibar ….Wasalam..

Bukan saya tidak kasihankan Aduka Taruna ini, saya rasa sejak artikel dia menghina Sultan Johor itu, maka bagaikan HUKUM KARMA sudah jatuh ke atasnya. Saya merasakan beliau di dalam tekanan jiwa yang hebat, lebih hebat dari terkena badai tsunami. Namun apabila membaca beberapa lagi AYAT-AYAT INDAH” beliau yang turut menghina isteri RSAW, sahabat-sahabat RSAW dan ulamak-ulamak, maka saya merasakan memang ADIL beliau ditimpa musibah sedemikian rupa kerana melihat cara dan gaya beliau menulis dan menghina sungguh melampau batasan.

Yang pelik, blog beliau mempunyai ramai follower juga, dalam 200 lebih. Saya terfikir apakah follower blog beliau juga menyokong dan bersekongkol dengannya kerana mendiamkan diri sahaja malah bersama-sama menjadi penyokong blog yang suka menulis kutukan dan hinaan ke atas sesama muslim. Mentaliti apakah yang terhasil dalam masyarakat kita pada hari ini hingga tidak ada sedikitpun sensitiviti terhadap perkataan-perkataan yang sedemikian rupa.

Mari kita sama-sama nilaikan tulisan sang ADUKA TARUNA yang terlampau ini.

Sebelum ini Aduka Taruna juga pernah menghina Ulama’-Ulama’ Mahzab dan juga Isteri Rasulullah saw, Aisyah. Dalam tulisan beliau bertajuk “Wahabi Perlis”, beliau menulis;

“Pada gua, mazhab2 ni semua bangang nak mampos. Aku mazhab Shafie, ekau mazhab Hambali, dio mazhab Hadari. Kalau mak gua Shafie, gua kena Shafie. Kalau geografi gua Shafie, gua kena Shafie gak (Elin sorang jer Shafie Apdal). Kan ke ketetapan yang baling bongok dalam dunia. ” dan;

“Samo gak isu perang Muawwiyah-Aishah dgn Ali. Pada gua Aishah dan Muawwiyah manusia stupid dalam tajuk itu. Lu nak hukum gua kapir pun gua no hal punya. Memang 2-2 salah, tapi paling berat kat mangkuk 2 ekor tuh. Apa ingat Aishah isteri Nabi dia maksum. ”

Dalam tulisan bertajuk “Sembang Mazhab” dia menulis;

“Takda maknanya, mak gua Shafie, gua kena Shafie sampai mampos. Sambung ke anak cucu. Ada bahan mentah yang suruh lu terikat dengan keturunan dan terikat dengan tafsiran 3rd party? Pada gua, ada banyak tafsiran Shafie yang mengarot, sebagaimana banyak lagi tafsiran mengarot dari mazhab lain. Kerana apa? Kerana kuasa mentafsir bahan mentah, Allah tak beri kepada hanya 4 ekor mazhab ni secara mutlak. Refresh beb… refresh sket.”

dan; “Muawiyah + Aishah plak.

Lagi 2 ekor mangkuk. 2 ekor mangkuk bukan pada ahli syurganya atau pertalian darah Nabi, tapi kepada tajuk. Isteri Nabi Nuh jatuh hukum bangang, tetap jatuh hukum bangang. Anak Nabi Nuh jatuh hukum bangsat, tetap jatuh hukum bangsat. Anak Nabi Adam jatuh hukum sohai, tetap tiada kompromi. Sohai sebab bunuh saudara sendiri.

Anak Nabi Muhammad SAW kalau mencuri, potong tangan dia. Seandainya dia bertaubat selepas itu, atau redha Allah lebih tinggi dari perbuatannya mencuri, dia tetap Allah masukkan dalam syurga .

Aishah penyebab kematian ratus ribu nyawa dan darah muslim, dia tetap jatuh hukum bangang nak mampos. Dalam tajuk itu.

“Jumhur ulama menetapkan keduanya tidak salah. Tapi Ali menghampiri kebenaran.”

What the f**k? Berapa ramai mampos sebab kerja bodoh dikatakan tiada yang salah? Hanya kerana status elite Aishah? Hanya kerana dia kerabat diraja atau hanya kerana dia keturunan Syed? Islam itu Allah punya atau ulama punya? Niamakahai.”

Cuma satu komentar saya terhadap Aduka Taruna, dia memang BIADAP dan patut DIAJAR.

Terkini – Penulis blog ini (Aduka Taruna) telah menyerah diri di Balai Polis …

from email yahoo…